Para ulamak berbeza pendapat tentang hukumnya.
Kelompok pertama :
Terdiri daripada Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali dan juga beberapa sahabat dan tabi"in seperti Annas b. Malik,Said b.Al-Musayyab,Said b.Jubair.Al-Qassim b.Muhammad,Al-hassan Al-Basri ,Ibnu Sirin dan Ibrahim Al-Nakhaie.Mereka mengatakan bahawa membaca Al-quran dengan lagu-lagu itu hukumnya haram.Merujuk kepada beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh At-tabrani dalam Al-mu'jam Al-ausat dan Al-baihaqi dalam Sya'ab Al-iman yang bermaksud ,dari Huzaifah b.Al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Bacalah Al-quran dengan irama dan suara orang-orang Arab dan jgnlah kalian membacanya dengan irama orang-orang yahudi dan nasrani serta orang-orang islam yang Fasik.Sebab sepeninggalan aku nanti akan muncul sekelompok orang yang melagukan bacaan Al-quran dengan lagu-lagu yang dilagukan oleh penyanyi,pendita dan orang-orang yang merintih.Al-quran tidak melewati tengkorok mereka.Hati terkena fitnah(penyakit) begitu pula hati orang mengkagumi mereka".
Kelompok kedua :
Tediri daripada Mazhab hanafi dan Syafie,begitu juga pendapat seperti saidina Umar Al-khattab,Abdullah b.Abbas,Abdullah b.Masu'd,At-Tabari dan lain-lain.Mereka mengatakan membaca Al-quran dengan lagu-lagu itu hukumnya harus.
Antara dalil mereka : Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai,dari AL-Bara b.Azib r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Hiasilah Al-quran dengan suara-suara kalian",juga hadis riwayat Al-Bukhari dari Abdullah b.Mughaffal,ia berkata bahawa pada waktu pembukaan Kota Makkah(fath Makkah)dalam satu perjalanan Nabi s.a.w membaca suratul Fath sambil menaiki unta dan Baginda membaca dengan Tarji'(mengiramakan)
KESIMPULANNYA
Hadis kelompok pertama Dhaif,Di dalam sanadnya terdapat Abu Muhammad dan Baqiyah.Abu Muhammad tidak diketahui identitinya,sedang baqiyah selalu meriwayatkan hadis-hadis dari orang-orang yang tidak dipercayai. Adapun jumhur ulama sependapat bahawa lagu-lagu yang sampai merubah ketentuan -ketentuan Al-quran seperti menambah atau memendekkan huruf atau mad atau harakah dan sebagainya.Maka semuanya sependapat bahawa lagu-lagu seperti itu diharamkan
No comments:
Post a Comment