Saturday, 25 October 2008

HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERLAGU ?

Para ulamak berbeza pendapat tentang hukumnya.

Kelompok pertama :

Terdiri daripada Mazhab Maliki dan Mazhab Hanbali dan juga beberapa sahabat dan tabi"in seperti Annas b. Malik,Said b.Al-Musayyab,Said b.Jubair.Al-Qassim b.Muhammad,Al-hassan Al-Basri ,Ibnu Sirin dan Ibrahim Al-Nakhaie.Mereka mengatakan bahawa membaca Al-quran dengan lagu-lagu itu hukumnya haram.Merujuk kepada beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh At-tabrani dalam Al-mu'jam Al-ausat dan Al-baihaqi dalam Sya'ab Al-iman yang bermaksud ,dari Huzaifah b.Al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Bacalah Al-quran dengan irama dan suara orang-orang Arab dan jgnlah kalian membacanya dengan irama orang-orang yahudi dan nasrani serta orang-orang islam yang Fasik.Sebab sepeninggalan aku nanti akan muncul sekelompok orang yang melagukan bacaan Al-quran dengan lagu-lagu yang dilagukan oleh penyanyi,pendita dan orang-orang yang merintih.Al-quran tidak melewati tengkorok mereka.Hati terkena fitnah(penyakit) begitu pula hati orang mengkagumi mereka".

Kelompok kedua :

Tediri daripada Mazhab hanafi dan Syafie,begitu juga pendapat seperti saidina Umar Al-khattab,Abdullah b.Abbas,Abdullah b.Masu'd,At-Tabari dan lain-lain.Mereka mengatakan membaca Al-quran dengan lagu-lagu itu hukumnya harus.
Antara dalil mereka : Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai,dari AL-Bara b.Azib r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Hiasilah Al-quran dengan suara-suara kalian",juga hadis riwayat Al-Bukhari dari Abdullah b.Mughaffal,ia berkata bahawa pada waktu pembukaan Kota Makkah(fath Makkah)dalam satu perjalanan Nabi s.a.w membaca suratul Fath sambil menaiki unta dan Baginda membaca dengan Tarji'(mengiramakan)

KESIMPULANNYA

Hadis kelompok pertama Dhaif,Di dalam sanadnya terdapat Abu Muhammad dan Baqiyah.Abu Muhammad tidak diketahui identitinya,sedang baqiyah selalu meriwayatkan hadis-hadis dari orang-orang yang tidak dipercayai. Adapun jumhur ulama sependapat bahawa lagu-lagu yang sampai merubah ketentuan -ketentuan Al-quran seperti menambah atau memendekkan huruf atau mad atau harakah dan sebagainya.Maka semuanya sependapat bahawa lagu-lagu seperti itu diharamkan

ILMU FAWASIL(ILMU KIRA AYAT AL-QURAN)MUKADIMAH

Mungkin ramai di antara kita yang pernah mendengar ilmu fawasil tetapi jarang sekali mengetahui akan maksud di sebalik ilmu tersebut. Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa ilmu fawasil daripada perkataan “fasilah” yang memberi maksud akhir kalimah dalam satu-satu ayat seperti, dan sebagainya.

Di dalam kitab “nafaz Al-Bayan” karangan As-Syeikh Abdul Fattah bin Abdul Ghani Al-Qadhi telah menyebut bahawa ilmu ini membincangkan tentang bilangan ayat-ayat Al-Quran serta tempat– tempat khilaf diantara ulama dalam mengira ayat-ayat dan meninggalkannya. Manakala timbulnya ilmu ini pula adalah kerana saranan dan galakan Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat dalam memperolehi pahala pada pembacaan Al-Quran dengan bilangan tertentu kerana Rasulllah s.a.w. telah menyebut perkara ini di dalam sabdanya :
Cara untuk mengenali Ilmu Fawasil.

Bagi ilmu fawasil ini terdapat beberapa cara untuk kita mengenalinya :-

1-persamaan ayat antara sebelum dan selepas dari segi panjang dan pendeknya.

2-Persamaan bentuk pada huruf akhir antara satu ayat dengan ayat yang lain
di dalam satu surah seperti

3-Pesepakatan antara ulama dalam membilang ayat-ayat yang mempunyai persamaan di dalam Al-Quran.

4-Perceraian antara satu kalam dengan kalam yang lain.

Faedah mengetahui ilmu Fawasil.

1-Bagi menentukan kesahihan solat kerana mengikut pendapat Fuqaha seseorang yang tidak menghafaz Al-Fatehah, hendaklah mendatangkan ganti tujuh ayat dari Al-Quran. Sekiranya dia tidak mengetahui tentang ilmu fawasil, bagaimana dia hendak mencukupkan bilangan tersebut sebagai ganti Al-Fatehah.

2-Memastikan seseorang mendapat pahala dari bacaan ayat-ayat Al-Quran di dalam solat berdasarkan pada bilangan-bilangan tertentu.

3-Sebagai satu sebab untuk mendapat pahala yang dijanjikan bagi sesiapa yang belajar bilangan-bilangan yang dikhususkan bagi ayat-ayat Al-Quran atau membacanya ketika hendak tidur.

4-Untuk mengetahui bilangan ayat yang disunatkan membacanya selepas Al-Fatehah di dalam solat kerana ada nas yang menunjukkan bahawa sunnah membaca sekurang kurangnya tiga ayat pendek atau satu ayat panjang selepas Al-Fatehah. Bagi sesiapa yang berpendapat bahawa bacaan selepas Al-Fatehah adalah wajib, maka tidak memadailah jika bacaan itu kurang daripada kadar yang disebutkan tadi.

5-Sebagai ukuran untuk memastikan bacaan khutbah yang dibaca itu sah kerana di antara rukun khutbah itu ialah membaca satu ayat daripada Al-Quran dengan sempurna.

6-Memperolehi pahala sunat dengan berhenti di tempat yang disunatkan berhenti iaitu di kepala ayat.

7-Bagi mengenali bacaan ‘imalah’ dan ‘taqlil’ pada kepala ayat dalam surah-surah tertentu mengikut qurra’ yang mewajibkan ‘imalah’ atau ‘taqlil’ pada awal surah seperti dan sebagainya lagi. Ini kerana mengikut qiraat warasy dan Abu Amru mereka membaca ‘taqlil’ pada kepala ayat pada surah-surah tersebut tanpa khilaf. Sekiranya seseorang Qari itu tidak mengetahui kepala-kepala ayat disisi ulama Fawasil , bagaimanakah dia dapat membezakan antara bacaan ‘imalah’ atau ‘taqlil’ sama ada secara ittifaq atau secara khilaf.
Ulama’ ulama’ yang membincangkan tentang ilmu fawasil.

Mengikut qaul yang mashoor di dalam ilmu ini, terdapat tujuh ulama yang membincangkan tentang persoalan mengira kepala-kepala ayat di dalam Al-Quran. Mereka adalah :-

Al-Madani Al-Awwal Al-Madani Al-Akhir Al-Makki Basri Al-Dimasyqi Al-Himsi Al-Kufi

Oleh kerana kadang-kadang terdapat persamaan antara ulama-ulama dalam membilang ayat-ayat di dalam Al-Quran, maka telah dibuat satu rumus bagi menyatukan di antara ulama yang mempunyai persamaan pendapat di dalam masalah tersebut. Apabila di itlaqkan kalimah Al-Hijazi di dalam ilmu ini, maka ulama yang dimaksudkan ialah Al-Madani Al-Awwal, Al-Madani Al-Akhir dan juga Al-Makki. Manakala di itlaqkan kalimah As-Syami menunjukkan gabungan antara Ad-Dimasyqi dan juga Al-Himsi. Sekiranya lafaz Al-Iraqi pula digunakan, ianya membawa maksud Al-Basri dan Al-Kufi.

Namun begitu terdapat juga perbezaan lafaz bagi ulama-ulama di dalam ilmu ini yang mungkin agak mengelirukan walaupun pada hakikatnya mempunyai maksud yang sama.

Friday, 17 October 2008

SANAD DAN IJAZAH

MUQADDIMAH

Secara umum, persoalan sanad berkaitan secara langsung dengan ilmu Mustalahul Hadith, walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa keseluruhan ilmu-ilmu Islam sebenarnya terpelihara dengan adanya sistem sanad ini sama ada menyentuh persoalan Kaifiyyatut Tahammul. Satu-satu ilmu itu mahupun persoalan peribadi-peribadi yang terlibat dalam satu-satu sanad. Kesemuanya adalah demi menjamin ketulenan dan keaslian serta memastikan kesenimbungan ilmu-ilmu warisan Islam agar terus dipelajari generasi demi generasi. Berkata Ibnu Sirrin : bermaksud : Sesungguhnya ilmu ini adalah amanah sebahagian daripada agama maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambilnya (mempelajarinya)

TAKRIF SANAD :

Daripada segi bahasa, sanad bermaksud iaitu yang diberi sandaran kepadanya. Manakala daripada segi istilah ia bermaksud salasilah peribadi-peribadi yang disebut (Ar-Rijal) menurut Ilmu Hadith dan Qurra' menurut ilmu Qiraat.

KEPENTINGAN SANAD :

Untuk memastikan kebenaran sesuatu perkara yang disampaikan. Dalam konteks ilmu Qiraat, sanad berfungsi untuk memastikan kebenaran dan ketepatan satu-satu bacaan sama ada ia bersumber benar-benar daripada Rasulullah SAW sepertimana yang diajar oleh Jibril as atau pun tidak. Maka bacaan-bacaan yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah SAW dikumpulkan dan dinamakan (qiraat sepuluh yang Mutawatir). Kalimah (Mutawatir)sendiri menjelaskan kepada kita tentang darjat sanad-sanad Qiraat Sepuluh itu yang mencapai darjat mutawatir sepertimana yang dita’rifkan oleh ulamak: Maksudnya: sesuatu yang dipindahkan oleh satu-satu kumpulan dari kumpulan yang seperti mereka yang mustahil mereka itu berpakat untuk melakukan pendustaan dan ini berlaku daripada awal sanad hingga ke akhir sanad (iaitu Rasulullah SAW)Sanad yang sahih juga menjadi salah satu rukun daripada rukun-rukun Al-Qiraat iaitu Al-Quran itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Imam Ibnul Jazari dalam matannya yang dpt dibuat kesimpulannya iaitu :

Jumhur ulamak Qiraat berpendapat (sah isnad) disini tidak memadai dengan sahnya sanad bahkan hendaklah mencapai darjat mutawatir. Selain itu dua rukun yang lain ialah :

1. Mestilah bertepatan dengan Nahu Bahasa Arab walaupun dengan satu wajah dan;

2. Mestilah bertepatan dengan Resam Uthmani ."QIRAAT, RIWAYAT TURUQ DAN WUJUH".Tiga daripada istilah-istilah ini digunapakai oleh ulamak-ulamak Qiraat bagi merujuk satu-satu bacaan tertentu kepada sumber-sumber tertentu. Qiraat adalah istilah yang merujuk kepada imam-imam yang sepuluh itu. Riwayat pula adalah istilah yang merujuk kepada bacaan rawi yang mengambil bacaan dari imam masing-masing. Manakala Turuq atau tariq merujuk kepada Qari yang mengambil bacaan mereka daripada para rawi dan seterusnya.Contoh: Qiraat (Imam) A’sim ,(Riwayat) Hafs ,(Tariq)Amru b.As.Sabah (Tariq)Abi Jaafar . Manakala wujuh pula adalah bacaan bagi satu-satu qari, seperti pada Mad Aridh Lissukun terdapat
3 wajah bagi semua Qiraat iaitu 2,4 dan 6 harakat Qasr,Tawasut dan Isyba' .

ORANG YANG LAYAK MEMPEROLEHI SANAD:

Ialah mereka yang bertalaqqi sahaja, iaitu memperolehi bacaan secara berguru, dan guru tersebut juga bersanad, bukan membaca sendirian atau dengan kawan-kawan di rumah atau dimana-mana sahaja. Proses talaqqi dipersetujui oleh semua ulamak sebagai hanya satu-satu cara dalam memindahkan bacaan Al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya. Talaqqi melibatkan interaksi dua hala iaitu (sami')dan (Mushafahah) iaitu murid mendengar bacaan guru dan murid mempendengarkan bacaannya kepada guru.

IJAZAH:

Ijazah merupakan suatu pemberian daripada guru kepada muridnya yang berkelayakan sebagai taqrir bagi mengesahkan dan mengakui bahawa muridnya itu telah selesai dalam talaqqinya dan berjaya serta layak diberi ijazah. Samaada ia berbentuk kata-kata akuan daripada guru atau pun berbentuk sanad (salasilah guru sampai Rasulullah SAW) yang bertulis, maka ia dinamakan ijazah dan cukup untuk membuktikan seseorang itu layak dan mempunyai sanad. Ijazah tidak harus dibayar dengan sesuatu oleh murid kepada guru sebagai balasan, walau bagaimana pun, mengambil upah dalam mengajar Al-Quran harus mengikut jumhur selain Abu Hanifah.

Dalil jumhur :

Dalil Abu Hanifah & ulamak yang tidak mengharuskan :Tidak menjadi syarat bagi sesorang guru itu memperolehi ijazah terlebih dahulu sebelum mengajar Al-Quran dengan syarat merasa dirinya berkelayakan. Walau bagaimanapun menjadi syarat bagi seseorang murid mengetahui kelayakan seseorang sebelum berguru dengannya.

Demikian pendapat As-Suyuti.Kesimpualannya, semua orang yang ingin memperolehi ilmu-ilmu agama khasnya Al-Quran mestilah bertalaqqi dengan para Sheikh yang budiman agar bersambung segala baccan kita dengan mereka hinggalah kepada Rasulullah SAW yang turut bertalaqqi dengan Jibril AS, dan begitulah jua sunnah para sahabat, tabiin dan seterusnya demi memelihara kesucian dan keagungan Islam dan ilmu-ilmunya.

Berkata Abdullah bin Mubarak : Maksudnya : Al-Isnad (sanad-sanad) itu adalah sebahagian daripada agama, kalau ia tiada, nescaya seiapa sahaja akan berkata apa sahaja yang dia suka.

SEKIANRujukan :1-Tayyibatun Nasyri Al-Asyarah Ibnu Al-jazari2-Al-hadi doktor Salim Muhsin3-Al-ihktilaf baina Al-qiraat Lisyeikh Ahmad Al-Baili4-Taqribu Nasyri ibnu Jazari5-Taisir Mustalah Hadis :Doktor Mahmud At-Tahan6-Al-itqan fi Ulumul Quran ,As-suyuti

Dhabt Al Quran ( Ilmu Tanda )


ASAL USUL TITIK DAN BARIS DALAM AL-QURAN.


Sesungguhnya titik itu membawa dua pengertian yang perlu diketahui oleh kita semua :

Pertama: Sesuatu tanda yang menunjukkan "harakah" (baris),"sukun"(baris mati),"syad" (sabdu), "mad" (panjang) atau sebagainya. Titik-titik ini dipanggil oleh setengah orang dengan .(naqt al i'rab)

Kedua : Sesuatu tanda yang menunjukkan zat-zat hurufnya yang membesakan antara "mu'jamnya"dan "muhmalnya" seperti titik yang terletak pada "ba" di sebelah bawahnya dan juga "jim" dan dua titik "ta" sebelah tasanya dan begitulah seterusnya.maka titik pada huruf "ta" dan "tha" dan titik pada huruf "jim" itu membezakan dia dari huruf "ha".Titik-titik ini dipanggil . (naqt al i'jam)

BARIS:

Sesuatu tanda yang memberi "harakah"kepada huruf-huruf atau "sukun","mad" dan sebagainya.Yang demikian adalah sama ertinya dengan makna yang pertama dari "titik" atau "noktah" tadi. Baris ini dipanggil DHABT.

PENDAPAT ULAMA'

Pendapat ulama berselisihan di atas banyak qaul untuk menentukan siapa yang mula mencipta titik-titik di atas dua makna yang diterangkan di atas itu. Adakah penciptanya dengan dua maknanya itu seorang individu sahaja ataupun berlainan orangnya? yang mana satu antara keduanya yang lebih dahulu dicipta? Para ulama yang berteliti lebih condong mengatakan bahawa pencipta titik menurut maknanya yang pertama itu yakni ( naqt al i'rab ) ialah Abul Aswad Ad Duali.

Menurut cerita mengenainya bahawa Amirul Mukminin Muawiyah bin Abi Sufiyan telah menulis kepada Zaid ibn Abi Zaid yang menjadi gabenor Basrah waktu itu meminta beliau arahkan anaknya Ubaidullah bin Zaid datang mengadapnya. Beliau dapati dalam pertuturannya beberapa kesalahan dalam tatabahasa. Muawiyah telah menghantar Abdullah pulang dan bersamnya sepucuk surat kepada ayahnya. Di dalamnya Zaid dikecam kerana membiarkan anaknya bertutur tanpa menurut tatabahasa yang betul.Setelah membaca surat itu Zaid pun memanggil Abul Aswad seraya berkata kepadanya "sesungguhnya bangsa-bangsa A'jam itu telah merosakkan bahasa Arab".Tidakkah dapat anda mereka sesuatu yang dapat orang ramai mengawal bahasa mereka dengan baik dan membaca dengan betul ayat-ayat suci Al-Quran. Tetapi Abul Aswad enggan memenuhi permintaan itu dengan sesuatu sebab yang tertentu.Lalu Zaid menyuruh seorang lelaki duduk di tepi jalan menunggu Abul Aswad lalu katanya kepada orang itu : "bila Abul Aswad lalu di hadapanmu, hendaklah kamu baca sesuatu dari ayat Al-Quran dan buat-buat silap dalam bacaan itu". Orang itu pun duduk di tepi jalan yang selalu dilalui oleh Abul Aswad. Apabila dia melihatnya melintas di situ dia pun membaca surah at-Taubah dengan membaca "rasuliha" tidak "rasuluha"(menurut baris yang betul).Tatkala Abul Aswad mendengar bacaan itu dia rasa terperanjat dan terharu. Beliau pun tergesa-gesa berjumpa semula dengan Zaid seraya berkata :"Baiklah ! saya sanggup memenuhi permintaan anda . Saya fikir baik saya mulakan dengan "mengi'rabkan" Al-Quran, ertinya membetulkan bacaan supaya tidak berlaku "lahan".

Selepas itu Abul Aswad telah memilih seorang lelaki dari qabilah Abul Qias seraya berkata kepadanya:"engkau bawa semua mushaf dan suatu bekas berisi cat yang warnanya berlainan dari warna mushaf itu. Bila aku buka kedua bibirku letakkan titik sebelah di atas huruf itu dan bila aku himpunkan keduanya hendaklah anda letakkan titik sebelah depannya dan bila aku pecahkan dia letakkan satu titik sebelah bawahnya. Bila aku turutkan "harakah" itu dengan dengung , (tanwin), letakkan dua titik" . Beliau telah memulakan usaha itu dari awal mushaf sehingga akhirnya.

ORANG PERTAMA
Diambil dari cerita tersebut bahawa orang yang mula-mula mereka titik - titik menurut maknanya yang pertama itu ( naqt i'rab ) yang sama ertinya dengan ( asyaklu ) atau ( adabthu ) ialah Abul Aswad Adduali , daripadanya timbul berbagai-bagai rekaan baru yang dicipta oleh para ulama yang kemudian dengan memasukkan pada yang asal banyak perubahan yang sesuai .

KEDUA

Adapun noktah-noktah menurut maknanya yang kedua itu maka pendapat ulama juga bersalah-salahan tentang siapa yang mula-mula merekanya.pendapat yang paling rajih ialah "Nasr b.A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar" iaitu tatkala terdapat ramai orang-orang baru dari bangsa-bangsa Ajam yang menganut agama islam, maka banyaklah berlaku salah sebutan dalam bahasa Arab dan sebutan-sebutan yang silap itu banyak digunakan orang.Dari itu adalah sangat dibimbangi kalau-kalau kesilapan itu terserap ke dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, lalu Amirul Mukminin Abdul Malik bin Marwan memerintah Gabenornya di Iraq yang bernama Hajjaj bin Yusof supaya berusaha bersungguh-sungguh menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan salah sebutan itu agar tidak tebawa-bawa ke dalam Al-quran. Al-Hajjaj pun menanggungkan tugas itu ke atas Nasr bin A'sim dan Yahya bin Ya'mur/Yu'mar, dua orang pakar dalam bahasa Arab dan kesusasteraannya termasuk ilmu qiraat.Keduanya tidak dapat mengelakkan diri dari menerima tugas itu memandangkan kepada maslahat umum demi keutuhan kitab suci Al-quran Mereka berdua pun mulai melaksanakan arahan itu dengan mencipta noktah-noktah untuk membezakan di antara huruf-huruf dan dengan demikian akan terpeliharalah Al-quran dari salah sebutan nahu.Noktah-noktah ini ditulis dengan dakwat yang warnanya bersamaan dengan warna tulisan mushaf itu supaya berbeza dari titik -titik yang direka oleh Abul Aswad Adduali.

KESIMPULANNYA

Diambil dari kisah ini dan kisah yang dahulu bahawa noktah-noktah menurut maknanya yang pertama itu adalah dahulu penciptaanya dari noktah-noktah menurut maknanya yang kedua, kerana zaman Zaid terdahulu dari zaman Al-Hajjaj kemudian dalam pemerintahan Abbasiah lahir Imam An Nahri Al-kholil bin Ahmad Al-Basri . Beliau telah mengubah noktah-noktah yang direka oleh Abul Aswad dan dijadikan di atas bentuk yang digunakan sekarang. Para ulama berkata tidak mengapa dilakukan yang demikian kerana ia menjadi cahaya yang dapat menerangkan para pembaca, kemudian dilakukan pula pembaharuan dengan membubuh titik-titik di akhir ayat-ayat.